PENGENALAN KEPADA ICT

 
 
 
 
Arus perkembangan semasa ternyata memberi impak yang amat besar dalam kehidupan kita. Perkembangan demi perkembangan ini tidak dapat kita hadapi tanpa kita membina tamadun baru dalam kehidupan kita. Perkembangan ini meliputi keseluruhan cara hidup masyarakat kini dan apa yang ingin difokuskan di sini ialah perkembangan kepada golongan belia. Dalam dunia yang semakin maju ini terutama dalam abad ke-21, harapan rakyat terutama sekali di kalangan belia adalah sangat tinggi. Kewujudan teknologi yang canggih menjadikan kehidupan belia sekarang lebih maju seiring dengan golongan belia di negara-negara maju yang lain. Disebabkan kewujudan teknologi inilah yang menyebabkan golongan belia pada zaman sekarang sudah mengubah cara hidup sehingga membawa kesan negative kepada cara hidup mereka. 
 
Generasi remaja dan belia perlu melihat bahawa perubahan semasa yang drastik ini boleh memberi kesan yang negatif walaupun kita tidak dapat menafikan yang kewujudan teknologi ini membawa perubahan dalam kehidupan kita. Kewujudan teknologi ini sudah cukup untuk melengkapkan kehidupan manusia terutama kepada golongan belia yang sangat peka terhadap pertumbuhan teknologi ini. Tanpa penggunaan teknologi ini mungkin golongan belia tidak dapat menyesuaikan diri kerana teknologi komunikasi adalah salah satu keperluan dalam hidup mereka. Golongan belia perlu menyiapkan diri dengan pelbagai jenis pengetahuan dan kemahiran supaya mereka boleh menyesuaikan diri dengan arus peredaran zaman sekarang. Perkembangan pesat dalam teknologi maklumat boleh menyebabkan dunia semakin hari semakin kecil. Maklumat dan berita yang disalurkan melalui internet juga boleh mempengaruhi pemikiran belia. Malah, kewujudan blog kini menjadi medium maklumat yang semakin popular untuk golongan belia menyuarakan pendapat dan pandangan mereka secara bebas tetapi masih terkawal. Kewujudannya tidak boleh dipandang ringan kerana peranannya cukup berkesan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

http://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&frm=1&source=web&cd=3&cad=rja&uact=8&ved=2ahUKEwiK5c