KESAN POSITIF PENGGUNAAN ICT
Antara kesan positif ICT ialah mudah mendapatkan maklumat. Pelbagai maklumat boleh diakses melalui medium ICT seperti internet. Hal ini memudahkan para pelajar mendapatkan maklumat tentang hal-hal berkaitan pendidikan di internet. Para pelajar boleh melayari blog-blog pendidikan yang semakin banyak di internet.Selain itu, ICT juga memudahkan komunikasi. Melalui laman sosial seperti Facebook,
Twitter, Skype, dan sebagainya manusia boleh berkomunikasi secara atas talian dengan mudah dan cepat. Ibu bapa juga boleh mengubat rindu dengan cara menghubungi anak-anak mereka yang berada jauh di perantauan melalui laman sosial Skype. Di samping itu, ICT turut membawa kesan positif dalam mempercepatkan urusan. Kini, pelbagai urusan kerajaan atau swasta dengan mudah boleh dilakukan secara dalam talian. Contohnya, urusan perbankan, pembayaran bil utiliti, permohonan kerja, membeli belah, dan sebagainya. Orang awam tidak perlu lagi beratur panjang untuk membayar bil di kaunter sebaliknya boleh terus membayar bil utiliti mereka di internet dengan mudah yang cepat.
Tambahan itu, ICT juga memudahkan orang awam untuk mengetahui perkembangan semasa yang berlaku. Kemajuan ICT yang bersifat global memudahkan seseorang mengetahui berita atau kejadian yang berlaku di luar negara dengan mudah dan cepat. Laman sesawang berita setiap negara boleh diakses melalui jaringan internet untuk mendapatkan berita-berita terkini dari negara luar.
Seterusnya, melalui ICT induvidu/syarikat dapat meluaskan pasaran perniagaan mereka. Perdagangan antara atas talian kini semakin popular dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, perkembangan pesat teknologi maklumat mampu membawa jaringan perniagaan yang luas dan lebih berdaya saing melalui atas talian. Pembelian secara atas talian juga membawa banyak kelebihan kepada pembeli khususnya. Hal ini kerana mereka mempunyai banyak variasi barangan yang boleh dibandingkan harga serta fungsinya. Pembeli juga mampu menjimatkan masa mereka melalui belian atas talian daripada membeli barangan di pasar raya.
http://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&frm=1&source=web&cd=3&cad=rja&uact=8&ved=2ahUKEwiK5c
Tiada ulasan:
Catat Ulasan